Wednesday, January 11, 2017

TVS SCAN CD9

11 JAN 2017
Appoiment tvs dah set jam 6.30 petang dengan Dr Linda (DR L) untuk tengok progress telur2 aku lepas 5 hari clomid& 2hari humog 75iu.  Dalam hati aku harap ada lebih dari 1 biji ovum yang dah bersaiz besar untuk iui nanti.  Dr L tanya aku okka kalau dapat kembar 2? aku kata okja...lepas tu dia tanya lagi..ok x kalau dapat 3..aku jawab okja...korang rasa? Alhamdulillah lepas Dr L godek2 ada 3 biji yg dah bersaiz 17-19mm. Harapan aku menggunung tinggi iui ni berjaya. Sebenarnya aku tak kisah Allah nak bagi brp orang pun. dapat seorang pn dah besar sangat rahmat untuk aku dan suami aku. tapi kali ni aku terlupa nk snap gambar scan tu..tp untuk korang yang nak tengok,aku tnjukkan nanti pic tvs masa iui 1 aku dulu ok.
Sekadar info, aku nak nasihatkan korang yang dah kahwin beberapa bulan tp still xda apa2..terusla buat scan tvs ni pd hari ke10-12 period korang. bukan apa,just nak tengok keadaan telur kita ok ke tak ja..so boleh jimatkan masa daripada menunggu bertahun2.Dr L decide buat tvs 13/1/2017 (jumaat) waktu 3.30 ptg. tp suami aku kena smpai klinik 2.30ptg untuk collect sperm. so 12/1/2017 jam 3.30 pagi aku kena bangun untuk suntikan OVIDREL untuk pecahkan telur nanti. Aku dibertahu suntikan ni kena buat 36 jam sebelum iui.
Gambar tvs scan ovum cd12 masa iui 1 dulu. 1 biji yg dah bersaiz 21.3mm


12 JAN 2017
Dah set jam 2.45 pagi untuk bangun. Risau jugak terlajak tidur time ni. Naseb baik terjaga dengan waras,so terus bangun cuci muka than turun bawah g ambik Ubat Ovidrel dalam peti sejuk. 

 Ovidrel 250microgram/0.5ml. jarum ni dah siap dengan ubat dalamnya so aku just buka tudung jarum saja. macam biasa cucuk di bgn tepi pusat. lbih kurang 1-2 inci drp tgh pusat.

 ready untuk inject ke perut..hehehe

bil of the day; RM190 

Suplement untuk persediaan sperma yang aktif,cergas dan berkualiti.

SPERMAN HIMALAYA

Untuk pengetahuan korang, lepas buat sperm test dulu Dr bagitau ada sedikit maslah pada bentuk sperm. So DR salah satu klinik ni cadangkan sejenis ubat ni. tak sure nama apa sbb depa masukkan dalam plastik ubat biasa tu tapi warnanya pink. Rupanya ubat ni adalah Sperman Himalaya. so aku pun carila stok sperman di farmasi. rupanya tak semua farmasi ada jual. ada yang jual mahal rm50 sebotol. ada yang jual Rm45. tapi ada farmasi ni jual lagi murah Rm40 saja. Lepas pengambilan sperman ni Alhamdulillah sperm suami aku dah ok. Masa nak buat iui hari tu Dr cakap terlalu banyak yg aktif dan saiz pun cantik. sebotol sperman ada 100 biji ok..suami korang boleh makan 2-3 biji sekali makan 2x sehari. laki aku makan siang dan malam sebelum tidur. start ambil bila aku dtg period. stop bila dah tamat waktu subur.pastu tunggula kot2 berjaya mengandung ke idok. kalau tak, makanla lagi macam biasa. 












inilah dia kotak sperman dan rupanya ubatnya. 

PROFORTIL

Yang ni suami aku makan sekali saja. ni pun Dr L yang cadangkan tapi harga dia mahal sangat RM350 sekotak untuk 60 biji sahaja. 

So sekarang ni aku just rehat sementara menunggu hari esok untu prosedur iui. nanti aku update story lagi k. Wassalam

No comments:

Post a Comment