Perancangan asal aku hanya nak coretkan kisah usaha kami laki bini nak menimang zuriat ni hanya di dalam buku diari. Tapi bila fikir-fikir balik, aku saja yang akan tau apa yg aku tulis.So akan terpikir nak save dalam file word saja.Tapi nanti kang terhilang pulak.So akhirnya aku decide nak menulis dalam blog ni yg tahun bila entah aku creat tapi tak pnah update apa-apa. Tujuan aku menulis di blog ni sebenarnya nak share pengalaman sendiri dalam usaha kami selama 3 tahun dah kahwin ni untuk memiliki zuriat sendiri. Sebabnya aku pun selalu baca & apply ilmu & tips yang bermanfaat daripada tulisan blogger2 kat Malaysia ni yang rata2 pn punya maslah srupa dgn aku..welcome to my ttc story ya. Insyallah aku cuba share apa yg dah aku lalui dan bakal lalui selepas ni.
Korang yang singgah di blog ni boleh panggil aku Ija. lahir 6/1/1982.just sikit details berkenaan diri aku. Aku kahwin pada 25/12/2013 pada usia aku 31 tahun. 6/1/2014 aku dah cukup umo 32 tahun. Umur ni agak lewat sebenarnya tapi apakan daya jodoh lambat. Semua dengan Izin Allah. Lepas kahwin sentiasa ternanti-nanti kabar good news untuk mengandung.Tapi dari bulan ke bulan stil tak ada apa2 sedangkan 2 orang sepupu aku yang kahwin kemudian sikit dari aku dah mengndung dah pun. Salah seorang tu dah masuk anak kedua dah time ni. tapi itu rezeki mereka. back to my story....hehehe, masuk tahun kedua aku pun start membaca berkaitan cara-cara nak cepat hamil. so byk ilmu baru yang aku tahu. dari situ aku cadangkan kami laki bini dapatkan rawatan di klinik sakit puan di Alor Setar. selepas beberapa bulan (aku tak ingat sangat tapi tak lama sangat..mgkn 3-4 bln macam tu) aku berjaya mengandung. hati punyala seronok dn syukur sangat2 pada Allah. Aku buat scan selpas bebrapa hari lewat period. Tapi daripada scan ni Dr bagitau kantung aku mcm kosong, so Dr suruh aku datang lagi lepas 2 minggu. jeng jeng..resultnya still sama. Dr buat surat untuk aku refer ke Hospital Sultanah Bahiyah. Time ni masih menaruh harapan. So aku p scan lagi di klinik lain untuk dengar apa kata Dr klinik ni.Dr klinik ni pun bagi gambaran yang sama. so daripada sini pun hati dah gundah gulana. So tak lama lepas tu aku pun ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk maslah aku ni. Dr pakar sini pun memberi gambaran yang sama, so aku dicadngkan lalui prosedur D&C..kata mudahnya cuci rahim kerana miscarriege. so 13/1/2016 aku warded. 14/1/2016 buat D&C. aku keluar wad pd hari yang sama. so aku berpantang 2 minggu mcm orang lepas bersalin. suami pantang lama mcm aku lepas bersalin 9 bln..hahah dah dia percaya sngat dgn nasihat kawan2 dia..so biarkanjela..
usaha tungkus lumus mula balik start bln ke 4 selpas gugur. selama bbrp bulan ni aku bbrp kali dpt result double line tp yg kabur. aku snap tunjuk ke kwan..diorang cakap nmpak double..but end up dengan period 2-3 hari lepas tu.aku pn buat bbt jugak.so kemuncaknya aku decide nak try rawatan iui. pasal iui ni pun aku byk tau dari kawan aku jugak..so baca punya baca..atlast aku& suami decide terus ke Klinik Pakar Wanita Dan Kesuburan Vistana. Kabarnya semua Dr2 di klinik ni adalah Dr daripada Hospital Sultanah Bahiyah.
Fisrt visit, aku mmg berkenaan sangat dengan klinik ni. pesakit tak ramai macam klinik2 yang aku p sblum ni. selesa dan menyakinkanla gitu. Dr L bagi info detail berkenaan proses iui. every single thing Dr bagitau sampai aku tahu bbrp benda yg aku taktau & tak diberitahu seblum ni oleh klinik2 yg aku dapatkan rawatan. Dr L tanya aku ada PCOS tak? aku taktau sbb klinik kesuburan tak pernah pun bagitau. so terus Dr L buat scan tvs...yes aku ada PCOS di ovari sebelah kanan sbb ada 11-13 biji telur. so takpela aku pun taknak stress sangat. so redha dan nak tau apa aku kena buatja lepas ni.
NOVEMBER 2016
Dipendekkan cerita, aku dah buat appoimen utk iui pertama bln 11/2016. aku period 31/10. so pd period ke 12 Vistana akan buat tvs scan untuk tengok samada telur2 aku dah matang. Dr nmpk ada sebiji telur belah kiri dh matang 21.3mm. Alhamdulillah. so Dr kata boleh proceed iui pada keesokkannya. 12/11/2016. sperma suami pun bagus Dr kata.terlalu byk yg aktif. so memang berharap sangat berjaya iui ni. tarikh 27/11/2016 aku kena buat upt test utk tengok mengndung ke tak..so berdebar2 sgt. jujurnya bebrapa bulan mencuba ni aku stress dengan jadual bbt chart aku, opk & upt yg belambak aku beli.mentang2 stok banyak, lps tempoh subur asyik nek celup saja. & fikiran aku cepat akan set -ve bila ada tanda2 pada corak suhu badan aku yang makin drop.Setiap yang berlaku ada hikmahnya dari Allah. aku redha. iui pertama gagal bilamana period aku menjengah pd 1/12/2016. bln 12 aku try sdiri. pun gagal sebab aku berjaya period pada 3/1/2017. sehinggalah aku terbaca blog ni; https://ttctopregnancyjourney.blogspot.my/...persepsi aku akan lebih baik berbanding sebelum ni.semua yang aku buat sebelum ni kena ubah. setting minda betul-betul untuk persediaan iui kedua bln ni JANUARI 2017. Ni dah kira masuk tahun ke 4 lah gitu. okey...next post aku akan detailkan iui kedua yang aku nak buat bulan ni. stay tune ok...
No comments:
Post a Comment