Wednesday, January 11, 2017

TVS SCAN CD9

11 JAN 2017
Appoiment tvs dah set jam 6.30 petang dengan Dr Linda (DR L) untuk tengok progress telur2 aku lepas 5 hari clomid& 2hari humog 75iu.  Dalam hati aku harap ada lebih dari 1 biji ovum yang dah bersaiz besar untuk iui nanti.  Dr L tanya aku okka kalau dapat kembar 2? aku kata okja...lepas tu dia tanya lagi..ok x kalau dapat 3..aku jawab okja...korang rasa? Alhamdulillah lepas Dr L godek2 ada 3 biji yg dah bersaiz 17-19mm. Harapan aku menggunung tinggi iui ni berjaya. Sebenarnya aku tak kisah Allah nak bagi brp orang pun. dapat seorang pn dah besar sangat rahmat untuk aku dan suami aku. tapi kali ni aku terlupa nk snap gambar scan tu..tp untuk korang yang nak tengok,aku tnjukkan nanti pic tvs masa iui 1 aku dulu ok.
Sekadar info, aku nak nasihatkan korang yang dah kahwin beberapa bulan tp still xda apa2..terusla buat scan tvs ni pd hari ke10-12 period korang. bukan apa,just nak tengok keadaan telur kita ok ke tak ja..so boleh jimatkan masa daripada menunggu bertahun2.Dr L decide buat tvs 13/1/2017 (jumaat) waktu 3.30 ptg. tp suami aku kena smpai klinik 2.30ptg untuk collect sperm. so 12/1/2017 jam 3.30 pagi aku kena bangun untuk suntikan OVIDREL untuk pecahkan telur nanti. Aku dibertahu suntikan ni kena buat 36 jam sebelum iui.
Gambar tvs scan ovum cd12 masa iui 1 dulu. 1 biji yg dah bersaiz 21.3mm


12 JAN 2017
Dah set jam 2.45 pagi untuk bangun. Risau jugak terlajak tidur time ni. Naseb baik terjaga dengan waras,so terus bangun cuci muka than turun bawah g ambik Ubat Ovidrel dalam peti sejuk. 

 Ovidrel 250microgram/0.5ml. jarum ni dah siap dengan ubat dalamnya so aku just buka tudung jarum saja. macam biasa cucuk di bgn tepi pusat. lbih kurang 1-2 inci drp tgh pusat.

 ready untuk inject ke perut..hehehe

bil of the day; RM190 

Suplement untuk persediaan sperma yang aktif,cergas dan berkualiti.

SPERMAN HIMALAYA

Untuk pengetahuan korang, lepas buat sperm test dulu Dr bagitau ada sedikit maslah pada bentuk sperm. So DR salah satu klinik ni cadangkan sejenis ubat ni. tak sure nama apa sbb depa masukkan dalam plastik ubat biasa tu tapi warnanya pink. Rupanya ubat ni adalah Sperman Himalaya. so aku pun carila stok sperman di farmasi. rupanya tak semua farmasi ada jual. ada yang jual mahal rm50 sebotol. ada yang jual Rm45. tapi ada farmasi ni jual lagi murah Rm40 saja. Lepas pengambilan sperman ni Alhamdulillah sperm suami aku dah ok. Masa nak buat iui hari tu Dr cakap terlalu banyak yg aktif dan saiz pun cantik. sebotol sperman ada 100 biji ok..suami korang boleh makan 2-3 biji sekali makan 2x sehari. laki aku makan siang dan malam sebelum tidur. start ambil bila aku dtg period. stop bila dah tamat waktu subur.pastu tunggula kot2 berjaya mengandung ke idok. kalau tak, makanla lagi macam biasa. 












inilah dia kotak sperman dan rupanya ubatnya. 

PROFORTIL

Yang ni suami aku makan sekali saja. ni pun Dr L yang cadangkan tapi harga dia mahal sangat RM350 sekotak untuk 60 biji sahaja. 

So sekarang ni aku just rehat sementara menunggu hari esok untu prosedur iui. nanti aku update story lagi k. Wassalam

Monday, January 9, 2017

Mode Positive tahun baru.

Tahun baru..tindakan dan fikiran pun kena refresh dan renew juga. Hikmah jugak bila tiba2 terbaca blog Reen tempoh hari. ni blog reen kalau korang nak follow ya.https://ttctopregnancyjourney.blogspot.my/.  first of all nak say tq to Reen.

now aku & suami mmg dah betul-betul ready untuk buat iui dlm minggu ni. Aku mohon Allah berjayakan iui kami ni. persediaan mental & fizikal serta rohani Insyaallah.

4 JAN 2017
hari ni period hari ke2 aku. Aku pun tak sure nk buat apa hari ni sebab klinik call mntak aku dtg hari ni. Tp mmg lawatan untuk iui ke2 la. Dr L nak buat tvs.so aku terkejut jgk sbb tgh period..hmm rupanya prosedur biasa. cuma mgkn Dr L nak monitor dr awal period memandangkan iui pertama aku gagal. hasilnya aku dapat jadual ni:
 total bil : rm220 sebab aku cancel clomid sbb dah ada stok.

Dr L cadangkan clomid 5 hari & 2 hari suntikan Humog 75iu

9 JAN 2017
Hari untuk aku suntik Humog. Ya Allah aku punyala seram sebab nk kena buat sendiri. Suami memang surrender dh sebab takut tengok jarum. Bolehja nak mintak tolong jiran aku yang nurse tolong buatkan tapi mengenangkan aku taknak org lain tau..so terpaksa beranikan diri jugak. terketaq-ketaq aku dok prepare ubat & jarum semua. kedudukan suntikan selang 2 jari drp kedudukan pusat di sebelah kiri & kanan. hari ni aku buat kiri dulu. esok kanan pulak. Tak sakit pun cuma seriau dengan jarum. Alhamdulillah berjaya buat. 


 humog yang aku akan sedut masuk dalam jarum nanti

takut kan tengok jarum ni. tapi takpa untuk baby aku sanggup buat. 

Mulai saat ini, hari ni aku mesti setkan dalam minda perkara baik & positif saja.

 *Cuba Positif

Jangan terlampau berfikir kalau...kalau.. kalau.. fikirkan jadi je. Takpe. Tapi, kena pandai kontrol jugak. Jangan terlampau fikir jadi, nanti tak jadi, kita pulak akan jadi down.
Maksudnya di sini, kena positif dan pandai kontrol emosi.
Ini penting. Jangan belum buat rawatan pun dah rasa susah ni..susah tu. cp dr blog reen.
and aku pun dah praktikkan cakap pada diri sendiri supaya telur2 aku membesar berjemaah supaya dapat berjemaah bertemu sperm suami aku nanti. Amin Ya Rabbalaalamin. Tiada dayaku melainkan dengan izinmu Ya Allah. Insyallah setiap kali aku berdoa, aku akan doakan juga kawan2 yang masih berTTC untuk berjaya suatu hari nanti. Dah berangan nak bersalin hjg tahun ni & tak sabar nak berpantang dengan set berpantang Suzyhoney Herbs. sampai jumpa lagi ya...wassalam.



Sunday, January 8, 2017

Percubaan iui ke-2

Assalamualaikum..

Perancangan asal aku hanya nak coretkan kisah usaha kami laki bini nak menimang zuriat ni hanya di dalam buku diari. Tapi bila fikir-fikir balik, aku saja yang akan tau apa yg aku tulis.So akan terpikir nak save dalam file word saja.Tapi nanti kang terhilang pulak.So akhirnya aku decide nak menulis dalam blog ni yg tahun bila entah aku creat tapi tak pnah update apa-apa. Tujuan aku menulis di blog ni sebenarnya nak share pengalaman sendiri dalam usaha kami selama 3 tahun dah kahwin ni untuk memiliki zuriat sendiri. Sebabnya aku pun selalu baca & apply ilmu & tips yang bermanfaat daripada tulisan blogger2 kat Malaysia ni yang rata2 pn punya maslah srupa dgn aku..welcome to my ttc story ya. Insyallah aku cuba share apa yg dah aku lalui dan bakal lalui selepas ni.

Korang yang singgah di blog ni boleh panggil aku Ija. lahir 6/1/1982.just sikit details berkenaan diri aku. Aku kahwin pada 25/12/2013 pada usia aku 31 tahun. 6/1/2014 aku dah cukup umo 32 tahun. Umur ni agak lewat sebenarnya tapi apakan daya jodoh lambat. Semua dengan Izin Allah. Lepas kahwin sentiasa ternanti-nanti kabar good news untuk mengandung.Tapi dari bulan ke bulan stil tak ada apa2 sedangkan 2 orang sepupu aku yang kahwin kemudian sikit dari aku dah mengndung dah pun. Salah seorang tu dah masuk anak kedua dah time ni. tapi itu rezeki mereka. back to my story....hehehe, masuk tahun kedua aku pun start membaca berkaitan cara-cara nak cepat hamil. so byk ilmu baru yang aku tahu. dari situ aku cadangkan kami laki bini dapatkan rawatan di klinik sakit puan di Alor Setar. selepas beberapa bulan (aku tak ingat sangat tapi tak lama sangat..mgkn 3-4 bln macam tu) aku berjaya mengandung. hati punyala seronok dn syukur sangat2 pada Allah. Aku buat scan selpas bebrapa hari lewat period. Tapi daripada scan ni Dr bagitau kantung aku mcm kosong, so Dr suruh aku datang lagi lepas 2 minggu. jeng jeng..resultnya still sama. Dr buat surat untuk aku refer ke Hospital Sultanah Bahiyah. Time ni masih menaruh harapan. So aku p scan lagi di klinik lain untuk dengar apa kata Dr klinik ni.Dr klinik ni pun bagi gambaran yang sama. so daripada sini pun hati dah gundah gulana. So tak lama lepas tu aku pun ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk maslah aku ni. Dr pakar sini pun memberi gambaran yang sama, so aku dicadngkan lalui prosedur D&C..kata mudahnya cuci rahim kerana miscarriege. so 13/1/2016 aku warded. 14/1/2016 buat D&C. aku keluar wad pd hari yang sama. so aku berpantang 2 minggu mcm orang lepas bersalin. suami pantang lama mcm aku lepas bersalin 9 bln..hahah dah dia percaya sngat dgn nasihat kawan2 dia..so biarkanjela.. 

usaha tungkus lumus mula balik start bln ke 4 selpas gugur. selama bbrp bulan ni aku bbrp kali dpt result double line tp yg kabur. aku snap tunjuk ke kwan..diorang cakap nmpak double..but end up dengan period 2-3 hari lepas tu.aku pn buat bbt jugak.so kemuncaknya aku decide nak try rawatan iui. pasal iui ni pun aku byk tau dari kawan aku jugak..so baca punya baca..atlast aku& suami decide terus ke Klinik Pakar Wanita Dan Kesuburan Vistana. Kabarnya semua Dr2 di klinik ni adalah Dr daripada Hospital Sultanah Bahiyah.
Fisrt visit, aku mmg berkenaan sangat dengan klinik ni. pesakit tak ramai macam klinik2 yang aku p sblum ni.  selesa dan menyakinkanla gitu. Dr L bagi info detail berkenaan proses iui. every single thing Dr bagitau sampai aku tahu bbrp benda yg aku taktau & tak diberitahu seblum ni oleh klinik2 yg aku dapatkan rawatan. Dr L tanya aku ada PCOS tak? aku taktau sbb klinik kesuburan tak pernah pun bagitau. so terus Dr L buat scan tvs...yes aku ada PCOS di ovari sebelah kanan sbb ada 11-13 biji telur. so takpela aku pun taknak stress sangat. so redha dan nak tau apa aku kena buatja lepas ni.

NOVEMBER 2016
Dipendekkan cerita, aku dah buat appoimen utk iui pertama bln 11/2016. aku period 31/10. so pd period ke 12 Vistana akan buat tvs scan untuk tengok samada telur2 aku dah matang. Dr nmpk ada sebiji telur belah kiri dh matang 21.3mm. Alhamdulillah. so Dr kata boleh proceed iui pada keesokkannya. 12/11/2016. sperma suami pun bagus Dr kata.terlalu byk yg aktif. so memang berharap sangat berjaya iui ni. tarikh 27/11/2016 aku kena buat upt test utk tengok mengndung ke tak..so berdebar2 sgt. jujurnya bebrapa bulan mencuba ni aku stress dengan jadual bbt chart aku, opk & upt yg belambak aku beli.mentang2 stok banyak, lps tempoh subur asyik nek celup saja. & fikiran aku cepat akan set -ve bila ada tanda2 pada corak suhu badan aku yang makin drop.Setiap yang berlaku ada hikmahnya dari Allah. aku redha. iui pertama gagal bilamana period aku menjengah pd 1/12/2016. bln 12 aku try sdiri. pun gagal sebab aku berjaya period pada 3/1/2017. sehinggalah aku terbaca blog ni; https://ttctopregnancyjourney.blogspot.my/...persepsi aku akan lebih baik berbanding sebelum ni.semua yang aku buat sebelum ni kena ubah. setting minda betul-betul untuk persediaan iui kedua bln ni JANUARI 2017. Ni dah kira masuk tahun ke 4 lah gitu. okey...next post aku akan detailkan iui kedua yang aku nak buat bulan ni. stay tune ok...